Panduan kelayakan am Wikipedia:Kelayakan

Sesebuah topik dianggap sebagai layak jika ia menerima liputan meluas dalam sumber rujukan yang meyakinkan dan bebas dari subjek itu.

  • "Dianggap" bererti bukti objektif memenuhi kriteria, tanpa mengambil kira pertimbangan peribadi subjektif penyunting.[1] Banyak litupan dalam sumber yang boleh dipercayai membuktikan bahawa subjek adalah penting.[2]
  • "Liputan meluas" bererti sumber menerangkan subjek secara langsung dan terperinci, tanpa sebarang penyelidikan asli yang diperlukan untuk mengekstrak kandungannya. Liputan meluas tidak boleh remeh-temeh dan tidak wajar berbentuk eksklusif.[3]
  • "Sumber," ditakrifkan dalam Wikipedia sebagai sumber sekunder, asalkan bukti kelayakan adalah paling objektif. Bilangan dan sifat sumber boleh dipercayai yang diperlukan ini adalah bergantung pada kedalaman liputan dan mutu sumber-sumbernya. Lebih banyak sumbernya untuk satu perkara, lagi bagus.
  • "Meyakinkan" bererti sumber memerlukan integriti editorial yang membolehkan penilaian kelayakan yang boleh disahkan berlandaskan garis panduan sumber yang meyakinkan. Sumbernya boleh merangkumi segala jenis bahan bacaan dan media. Keterdapatan sumber sekunder yang meliputi subjek boleh menguji kelayakan subjek itu.[4]
  • "Bebas dari subjek" mengecualikan kerja-kerja yang dihasilkan oleh pihak-pihak yang bersekutu dengan subjek, termasuk: publisiti diri, iklan, bahan terbitan sendiri subjek, autobiografi, kenyataan akhbar, dsb.